Sunday, January 9, 2011

Perhimpunan Gerak Wajadiri Johor (GEWAJO) 8 Januari 2011

Alhamdulillah, PSSTKM terlibat dengan program anjuran Jabatan Belia Daerah Muar, kali ini diadakan di Dataran Ledang, daerah Tangkak. Persatuan menghantar wakil sebagai salah satu badan yang terlibat dengan seni beladiri di Muar. 

GEWAJO 2011 juga boleh  dibaca di sini.

Bengkel GEWAJO yang lepas (2011), di Pontian. Berita boleh dibaca di sini.

Pihak persatuan masih menanti kepada sesiapa yang mempunyai gambar majlis tersebut agar dapat menghantar ke emel tadahkuntau@yahoo.com. Terima kasih banyak-banyak kiranya ada yang sudi menghantar gambar kepada persatuan kami.

Read more...

Thursday, January 6, 2011

Tahniah!

Tahniah kepada SEMUA para pesilat yang mengambil PMR 2010 dan mendapat 8A 1. Sesungguhnya kejayaan cemerlang itu adalah atas izin Allah. Dan ia membuktikan bahawa BERSILAT dapat membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang. Ayuh, ibu bapa, jangan gusar menghantar anak-anak untuk menimba ilmu persilatan!

Read more...

Program Waja Diri Rakan Muda 2010



Antara gambar-gambar aksi dan gaya PSSTKM ketika prgoram tersebut. Terima kasih kepada penganjur yang menjemput persatuan.

Read more...

Tuesday, January 4, 2011

Pendaftaran dan Yuran Bulanan

Adalah ditetapkan dengan ini yuran PSSTKM adalah seperti berikut :

a) Pendaftaran baru ahli RM 50.00 (dapat T-Shirt bersulam logo PSSTKM)

b) Yuran bulanan : RM 20.00

Read more...

Sunday, January 2, 2011

Misi Dan Visi

Misi :


Melahirkan dan membina potensi insan melalui semangat jatidiri beladiri


Visi : 

Gerak tepat, tumbuk elak pada tempatnya, menyemarak Tadah Kuntau Purba Melayu ke pentas dunia.


Motto

"TEPAT"

Read more...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat tahun baru kepada semua pengunjung dan ahli persatuan. Semoga 2011 membawa harapan dan sinar gemilang buat anda dan kami. Terima kasih.

p/s : Kepada ahli-ahli lama Tadah Kuntau, sila hubungi kami melalui emel untuk menjalinkan semula persaudaraan sesama kita.

Read more...

Salam Persilatan

Blog ini diusahakankan sebagai pengenalan kepada Seni Silat Tadah Kuntau Purba yang sudah lama wujud di daerah Muar, Johor. Juga sebagai memeriahkan dunia persilatan Tanah Melayu yang mempunyai pelbagai aliran. Salam hormat dari kami.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP